Sunday, September 10, 2006

Dirgahayu Tanah Air Ku Malaysia Bumi Bertuah!

Malaysia, tanah air ku tercinta telah genap berusia 49 tahun kemerdekaannya dari belenggu penjajah selama 446 tahun lebih!

Lahir ke dunia ini pada tanggal 3hb Oktober 1958 setahun selepas pemergian pihak kolonial British, membuatkan ku membesar didalam suasana pasca sistem pemerintahan Inggeris.


Zaman kanak kanak
Masih terbayang saat dan ketika bermain bersama kawan kawan sekampong ku di Jalan Kota Giam, Jelutong Timur, Pulau Pinang. Kawan kawan sekampong ku yang masih segar di-ingatan adalah Wan Ali, Arwah Che' Mat Sabor, Noordin adiknya, Abu, Ali Fatah, dsbnya.

Kami merupakan anak anak kampong Melayu terakhir sebelum masuk ke kawasan perkampongan orang orang China disebelah pantai timur Pulau Pinang. Sebelah kampong kami terletak perkampongan China Tokong Batu, Jelutong yang penduduknya terdiri dari para nelayan nelayan kecil dan dipesisiran pantai terdapat pembuat pembuat gaharu.

Kampong Kota Giam kami bersebelahan dengan Jalan Tengku dan kemudian terdapat Jalan Mohd Taib dikuti dengan Jalan Tengah. Perkampongan Melayu berterusan sampai ke Bukit Dumbar yang perkampongannya dikenali sebagai 'Bang Liau'.
Zaman kecil saya dipenuhi dengan kenangan bermain dilaut Jelutong yang dulunya masih bersih, air lautnya jernih kehijauan dan dipenuhi pelbagai macam jenis ikan dan hidupan laut seperti ketam, kerang, siput, belangkas, udang, dsbnya.
Pencemaran tidak lah seteruk sekarang ini. Sebagai contoh, Sungai Pinang yang hari ini hitam pekat dengan segala macam sampah sarap membarah diperutnya dahulu amat bersih dan dipenuhi ikan ikan dan bot bot nelayan Melayu memenuhi tebing tebing sungainya dahulu. Ini semasa tahun 60an.

Sejak kerajaan negeri Pulau Pinang diterajui oleh parti Gerakan, pentadbiran yang lemah dari segi pelaksanaan dan pencegahan pencemaran tidak dilakukan dengan tegas menyebabkan makin terok keadaan sungai tersebut.

Manakan tidak? Sepanjang Sungai Pinang itu dibiarkan segala macam bengkel kereta dan kilang kilang kecil menyalurkan bahan buangan dan sisa sisa minyak hitam kelongkang longkang bengkel dan kilang mereka tanpa dirawat terlebih dahulu! Mana tak matinya sungai tu?

Lempar Koh Tsu Koon kedalam Sg.Pinang tu pun belum tentu dia dapat bernafas sejam kemudian? Apalagi pemerintah lain didalam kerajaan negeri! Semua pasti bungkus sertamerta!

Itu lah masaalah di Penang, kampong halaman ku yang sedang nazak akibat pemerintah buat tak tahu tentang nasib penduduk Melayu dan alam sekitar pulau bertuah itu!

Penang memiliki segalanya. Pantai yang elok di kawasan utara dan barat daya pulau. Hutan hujan tropika dan segala macam flora dan fauna ditengahnya. Ada pelbagai kawasan yang dapat
menarik perhatian para pelancong dan juga penduduk tempatan.

Sayangnya pihak yang seharusnya bertanggongjawab terhadap kemajuan penduduk tempatan nampak seolah menganaktirikan penduduk Melayu Muslim dari mendapat peluang memperbaiki taraf kehidupan mereka. Tetapi asyik nak menuduh Koh Tsu Koon saja tidak le boleh mengubah keadaan mereka di Tanjong!

UMNO Pulau Pinang yang memegang kebanyakan kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri harus tampil kemuka mengambil peranan secara tegas dan jelas membantu anak negeri.

Orang Melayu Tanjong perlu lah pula membuat sesuatu secara berusaha sendiri berniaga dan sebagainya untuk maju sama seiring dengan kaum lain.

Nanti kita sambong lagi.