Saturday, January 27, 2007

Kembali lah menghayati ajaran agama Islam!





Assalamualaikum. Tadi abang sempat gi solat kat salah sebuah masjid di ibukota. Seperti biasa abang melihat begitu ramai orang yang sibuk dok berpusu pusu melanggani gerai gerai dan warong warong sementara diluar masjid padahal waktu Solat Jumaat sudah hampir tiba.

Apa nak jadi dengan masyarakat Melayu yang mengaku Muslim ini?

Nak kata jahil agama , ramai yang melenting karang ; namun itulah hakikatnya kebanyakan dari kaum berbangsa Melayu yang kini seolah tidak ambil peduli langsong akan tuntutan tuntutan agama.

Berapa ramai yang bersembang sembang sesama mereka walaupun ketika itu khutbah Juma'at sedang berkumandang diangkasa?

Berapa ramai yang tidak mengambil endah akan apa yang sedang diperkatakan sang Khatib?

Berapa ramai yang sedang sibuk berjual beli tanpa terlintas sedetik pun didalam hati nurani mereka bahawa perbuatan mereka ketika itu adalah salah dan berdosa kerana tidak diam mendengar isi khutbah?

Bila orang orang kafir menyerang dan memusnahkan masjid masjid di Iraq dan negara negara lain dimana umat Islam adalah lemah, bukan main protes manusia manusia yang mengaku Muslim disini. Namun apa gunanya memprotes begitu bila Islam tidak lagi diamalkan secara sempurna dibumi Tanah Melayu ini?

Islam hanya tinggal lambang dan namanya sahaja di negara Malaysia ini. Kebanyakan Muslim berbangsa Melayu tidak ambil peduli lagi tentang ajarannya baik didalam masyarakat atau kehidupan keluarga masing masing.

Anak anak muda Melayu sudah tidak tahu apa dia ajaran ajaran Islam yang sempurna kerana arus kemodenan sedang pesat menghakis iman dan pegangan orang orang Melayu dewasa ini.

Tidak ada gunanya kita menuding jari kesana kemari mencari yang bertanggung jawab terhadap kemelut ini.

Ramai juga yang melelapkan mata semasa sedang dibaca khutbah. Apa nak jadi?

Dapatkah dihayati isi khutbah bila jiwa entah merewang kemana dan dicelah celah bacaan khutbah , kedengaran bunyi dengkur yang semakin mengganas?

Kembalilah kepada ajaran Islam sebenar.