Thursday, September 06, 2007
Babi Melaka ampunya cerita! FRU kecut tak terbuat apa apa!
Bukan main seronok pencinta pencinta Babi Melaka apabila FRU terkucil tak berani berdepan dengan penternak penternak ladang atau kandang kandang babi haram disana!
Kelihatan pemimpin pemimpin ulung Parti Demokratik Malaysia @ DAP menyeringai teramat gumbira mendokong anak babi sebagai sokongan terbuka mereka diatas keujudan ladang ladang babi haram dinegeri bekas Kesultanan Melayu Melaka!
Agaknya apa yang akan dilakukan Sultan -Sultan Melaka jika Kesultanan Melayu Melaka masih ujud sehingga kehari ini?
Inilah natijahnya bila sebuah negeri yang termahsyur sebagai pusat penyebaran Islam pada satu ketika dahulu dibiar terus diperintah oleh mangkok mangkok hayon yang ditabal menjadi Yang diPertua itu dan ini tanpa mengembalikan Negeri Melaka kepada yang berhak iaitu Kesultanan Negeri Perak Darul Ridzuan yang merupakan waris waris Kesultanan Melayu Melaka yang terakhir!
Apa kejadahnya hendak diharapkan kepada orang orang kebanyakan yang ada sekarang ini menjadi tunggul dan pak pacak didalam Kerajaan Negeri tanpa berusaha membendung perkara ini sejak tahun 1957 lagi?
TV3 lebih prihatin dari seluruh badan badan kerajaan membela nasib penduduk dan rakyat Melaka berbanding malaon malaon yang sedang menduduki kerusi kersui empok didalam Istana Melaka hari ini!
Apa ada rakyat Melaka yang setuju dengan usulan hamba ini?
FRU yang ganas membantai dan membelasah orangramai semasa zaman Reformasi dan sebagainya ternyata kecut segala benda dan terkucil tak berani berkasar dengan apek apek tauke tuanpunya kandang kandang babi haram yang sudah bermaharajalela sejak lima puluh tahun lalu!
Tuan tuan pasti telah melihat betapa FRU tidak segagah mana dihentak dengan sangkar sangkar babi yang diperbuat dari besi dikaca tv baru baru ini!
Kenapa FRU tak berani berkasar dengan menembak air kuning sepertimana mereka teramat gemar membelasah dan menyembur orang orang awam di KL dulu?
Apa rahsia disebalik ketidakmampuan FRU bertindak sama rata dan menegakkan undang undang sepertimana diperuntukkan oleh Perlembagaan Malaysia?
Takkan ada kes rasuah lagi kot? Mana mungkin penguasa penguasa FRU sanggup makan duit suapan dari penternak penternak babi Melaka ini?
Hairan bin Ajaib? FRU seolah olah menjadi lemah dan tidak bermaya!
Semasa menembak gas pemedih mata keatas orang orang PAS dan meruntuhkan masjid separuh siap orang orang sesama Islam dengan mereka di Kg.Bujal, Kuala Terengganu beberapa tahun lalu, bukan main hebat dan berlagak pendekar tetapi dengan penternak penternak babi celaka di Melaka , mereka lomah seribu bahasa? Apo keno eh jang?
Agak agaknya Babi babi Melaka dan pejuang pejuang mereka didalam DAP kebal dari segi undang undang negara?
Fuyoh! FRU dan Kerajaan Melaka sudah jadi apa ? Dupa Cendana?
Takkan lah tak berani hentam sama mereka ! Undang undang yang ada tak kan nak simpan dalam Muzium Melaka kot?
Dah cukup lah orang orang Melayu beragama Islam menderita selama 50 tahun sejak Merdeka!
Segala sungai dan parit sudah hancur, musnah busuk meloya tekak, mengalirkan sisa sisa najis dari kandang kandang babi mencemar pantai dan laut Selat Melaka sejak sekian lama ini!
Tidak tercemarkah hasil laut yang ditangkap dek nelayan nelayan Melaka dan tidak adakah jagoan Melaka untuk bangun mempertahankan kesucian alam sekitar disana ?
Karam Singh Walia, seorang Punjabi lebih peka dan prihatin terhadap nasib orang orang diMelaka dari Ketua Menteri dan Yang diPertua Melaka yang asyik memberi alasan dan tidak mengambil tindakan yang sewajarnya!
Malang sungguh nasib mu bumi Melaka!
Sudahlah hilang Kesultanan kamu , ditimpa malapetaka angkara durjana penternak penternak babi haram Cina Melaka yang lupa kepada sejarah Hang Li Po dan Laksamana Cheng Ho yang meninggalkan jasa kepada Kesultanan Melayu Melaka dizaman kegemilangannya dahulu!
Rakyat Melaka! Semoga anda semua sedar diri dan bangun memperjuangkan hak hak kamu untuk hidup dengan mulia dari tercemar dengan menghidu bau najis babi saban waktu selama lamanya!
Kembalikan Melaka kepada yang berhak!
Abangtanjong berharap Yang Mulia Raja Ashman, kekanda Yang Mulia Raja Nazrin, Tengku Mahkota Kesultanan Melayu Negeri Perak Darul Ridzuan dipertimbangkan untuk ditabalkan menjadi Sultan Negeri Melaka dan kembalikan maruah orang orang Melaka dari terus dihina sang pencacai yang sedia ada!
Itupun kalau benarlah kita ini sudah merdeka dari para penjajah!
Yang menghalang kembalinya Kesultanan Melayu Melaka sudah pasti ada agenda yang tersendiri, takut kehilangan kuasa yang sedang disalah guna atau tidak dilaksanakan sebaiknya!
Hendak seribu daya! Tak hendak ? Meranalah saja sepanjang masa!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment