Monday, September 03, 2007
Antara ketaksuban kepada parti dan ta'at kepada Allah!
Inilah dikatakan keris Taming Sari milik pahlawan Melaka Datuk Laksamana Hang Tuah yang kini didalam simpanan Duli Tuanku Sultan Perak Darul Ridzuan.
Taming Sari keris yang dikatakan amat berbisa dan barangsiapa yang memilikinya dikatakan kebal terhadap sebarang tikaman dari senjata lain.
Zaman bersilih ganti namun kita seharusnya tetap mempertahankan maruah bangsa dan peribadi Melayu agar terus tabah mengharungi dedaun masa dan cabaran semasa.
Dewasa ini , orang orang Melayu ternyata menghadapi pelbagai macam cubaan dan ujian getir yang kadangkala menjurus kepada mencetuskan perkelahian diantara parti parti politik Melayu ditanahair ini nan tercinta demi mempertahankan takbur masing masing.
UMNO dan PAS, dua parti politik Melayu yang saling bercakaran diantara satu sama lain walaupun berkiblat dan berkubur yang tidak berbeda.
Cumanya satu berwajah kearah Timur Tengah dan satu lagi berkot dan bertali leher. Sama sama Melayu namun permusuhan diantara mereka masih terus meredap didalam hati, membakar jiwa, merebus hati, melapah kalbu masing masing.
Sampai bila permusuhan ini akan berterusan?
Melayu bergaduh sesama sendiri, musuh menanti masa menghancurkan umat melalui pelbagai cara.
Apakah jalan keluar bagi keadaan ini? Hendak seribu daya. Duduk bersama berbincang secara berhikmah dan berhemah diatas pegangan kalimah 'La ila ha ill lall laah. Muhammad dar Rasulullah!'.
Parti politik harusnya cuma wadah perjuangan namun ukhwah al Islamiah kita harus lebih dipentingkan.
Bilamana mati nanti, malaikat tak akan bertanya kita dari parti mana tetapi akan bertanya siapa kah Tuhan kita?
Siapakah Nabi kita?
Apakah agama kita?
Kiblat kita?
Imam kita?
Saudara kita?
Ini hakikat bukan igauan atau khayalan . Sadarlah wahai sesama Muslim! Bersatulah demi Allah!
Bersatu teguh ; bercerai roboh. Alang alang hidup biarlah berbudi sesama manusia.
Jangan jadi caturan orang yang tidak akan teragak agak mempertaruhkan kita demi mencapai hasrat dan matlamat mereka.
Apa tak begitu saudara saudara sekelian?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment