Assalamualaikum semua.
Semoga anda berkeadaan baik, sihat wal'afiat dan dilindungi Allah Subhanahu Wa Ta'ala dari terjebak ke kancah maksiat yang semakin bermaharajalela didunia kita ini. Amin.
Abang ingin merujuk kepada kejadian terbaru di negara kita ini dimana pihak penguatkuasa Jabatan Agama Islam menyerbu satu pasangan yang sedang berzina .
Apa yang ingin abang bincangkan adalah 'cara' wanita tersebut di perlakukan oleh salah seorang penguatkuasa tersebut.
Petugas itu yang bertindak menarik selimut yang menutupi tubuh bogel wanita tersebut telah berlaku kurang ajar dan wajib dihukum diatas kebiadapannya terhadap si penzina tersebut!
Sudah terang lagi bersuluh bahawa pasangan itu telah melakukan zina. Perbuatan menarik selimut yang menutupi aurat wanita tersebut pula adalah kerja keji dan tidak bermaruah oleh seorang yang diberi amanah melakukan kerja kerja penguatkuasaan oleh sebuah jabatan agama Islam.
Didalam menjalankan tugas penguatkuasaan tersebut, tidak boleh dicampur adukkan dengan perbuatan biadap dan kejam terhadap sesama insan lain.
Ini adalah norma norma adat dan resam orang orang Timur yang tidak boleh di abaikan oleh sesiapa sahaja di negara ini.
Tidak kah ada garis panduan dan tata kerja yang disediakan majlis atau jabatan agama tersebut?
Kemana perginya 'hikmah' yang seharusnya ada pada seorang petugas jabatan agama didalam menangani masaalah dan perbuatan maksiat didalam negara ini?
Apakah hanya kerana si pelaku maksiat itu dapat ditangkap basah oleh si pengintip dan pencari salah laku umat Melayu Islam yang kebanyakan besar dari mereka telah hanyut dan leka didalam lautan maksiat hari ini, mereka boleh di lakukan ikut suka para petugas jabatan agama?
Kemana hilangnya sumpah setia dan pegangan amanah menjalankan tugas sebaik mungkin oleh mereka ini dan berubah berlaku kejam dan zalim didalam tugas sebegitu sulit yang melibatkan maruah seseorang?
Ia lah. Ternyata pasangan itu terang2an bersalah. Hukum lah mereka menurut ketentuan Ilahi . Namun perlu lah ada budi bicara dan hikmah didalam menjalankan tugas yang diamanahkan kepada petugas tersebut oleh undang undang Islam dan negara.
Tak boleh kurang ajar begitu. Sehina hinanya pasangan tersebut berlaku salah , mereka masih perlu di uruskan secara patut.
Perempuan tersebut dan pasangan nya telah dicekup secara nyata. Arahkan saja mereka memakai pakaian mereka dan bawa ke muka pengadilan.
Ini bukan negara yang tidak ada undang undang. Undang undang Syariah tidak ada peruntukan memalukan sesiapa. Apatah lagi orang orang Melayu yang terkenal pada suatu masa dahulu amat kaya dengan budi bahasa serta sopan santun mereka?
Apakah harus dibiarkan hilang begitu sahaja, segala tata cara dan resam bangsa serta agama?
Semoga pihak penguatkuasa jabatan agama mengambil iktibar dari kejadian ini dan memastikan tidak berlaku lagi episod biadap oleh kakitangan mereka didalam menjalankan tugas masing masing.
Cuba kita lihat punca keadaan sekarang di negara ini.
Zina sudah menjadi perkara biasa dikalangan masyarakat kita kerana telah ujud satu keadaan dimana masyarakat sudah tidak ambil peduli lagi tentang bibit bibit salah laku yang berlaku didepan mata.
Kebanyakan anggota masyarakat Melayu Muslim kita sudah tidak peka lagi terhadap gejala buruk laku dan keterlanjuran sikap oleh anak anak muda dan orang orang dewasa dikalangan umat Melayu Islam diserata pelusuk tanahair ini.
Kita perlu lah kembali menghayati tuntutan agama dan memelihara keharmonian masyarakat. Kita harus bantu membantu didalam perkara kebajikan dan bersatu mencegah kemungkaran.
Masyarakat Melayu mesti kembali mengambil tahu dan nasihat menasihati diantara satu sama lain. Perbuatan perbuatan mungkar wajib dicantas dan ditegah dari peringkat awalan lagi.
Bagaikan meluntur buluh, hendaklah dari ketika rebungnya lagi. Ibubapa memainkan peranan teramat besar didalam membentuk akhlak dan peribadi anak anak.
Bila mereka abaikan tanggungjawab ini, maka akan lahir lah pelaku pelaku maksiat bersilih ganti didalam masyarakat kita.
Budak budak sekarang sudah tidak heran lagi jika ada sesiapa yang melihat perbuatan maksiat mereka. Mereka tidak takut lagi akan di tegur, akan dimarahi atau akan diambil tindakan oleh anggota masyarakat sebab masing masing tidak lagi peka terhadap salahlaku orang lain.
'Lu jaga kubur lu' gua jaga kubur gua' begitu bunyi rangkap ucapan dari kalangan kebanyakan pelaku maksiat sekarang.
'Aku tahu lah nak jaga anak aku!' Apa engkau sibuk sibuk sangat? Hang sapa nak tegoq anak aku?
"Pirahh jaga anak bini hang! You mind your own business! Damn you! Bloody shit!" dan sebagainya akan keluar sumpah seranah dari puak puak yang tak sedar diri bahawa kita ini yang hidup didalam rumpun masyarakat wajib tegur menegur diantara satu sama lain.
Kalau sungguh lah kita ini tidak memerlukan orang lain, maka bilamana mati nanti , tidak payah lah nak maklumkan pada sesiapa.
Biar berulat kat dalam rumah!
Yelah! Kalau lah boleh si mayyit ni bangun gi gali kubur sendiri, mandikan jasad sendiri dan kafankan diri sendiri, tak payah nak susahkan masyarakat lain, tak?
Bab bab perkara macam tu, tahu pula nak datang mengadu hal, merayu bantuan, meminta tolong menguruskan mayat, begitu begini.
Apa kejadahnya yang sombong tak tentu hala ni? Hidup biarlah bermuafakat. Susah senang dapat kita lalui bersama. Ini tidak!
Dari mencegah semasa kecil, dibiarkan lingkup sampai sekarang kita nak panggil anak dara pun kita dah tak berani...sebab kelapa putik putik lagi dah biasa ditebuk tupai!
Apalah nak jadi dengan masyarakat kita ini?
Fikir fikir lah! Beringat sebelum kena ; berjimat sebelum habis.
Bawa bawa lah berhikmah didalam menangani gejala sosial ini. Ayuh kita bersama membanteras penyakit ini yang sudah semakin menular disisi orang orang Melayu! Insya Allah.
Wednesday, March 28, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment