Sunday, March 25, 2007

Berubah ke Chow Kit dengan adanya HQ PAS disana?

Petikan dari Laman web Harakah Daily.Com
Sabtu 24 Mac 2007 | 5 Rabi'ul Awal 1428 Hijrah
Belakang Mati' Chow Kit berubah adanya Pejabat Agung PAS?

Adnan Ibrahim | denanbrahim@yahoo.com
Fri | Mar 23, 07 | 08:50:42 AM

Persekitaran Chow Kit, Jalan Tunku Abdul Rahman dan Jalan Raja Laut terdapat kawasan yang dipanggil 'Belakang Mati'. Kawasan itu mungkin boleh bertukar wajah di hujung minggu jika ada usaha menjadikan persekitaran itu seperti di tengah bandar Kota Bharu pada hari Jumaat.

Hujung minggu Kota Bharu jatuh pada hari Jumaat, berlainan hujung minggu di Belakang Mati pada hari Ahad. Namun hujung minggu di Kota Bharu meriah apabila orang ramai berkumpul di Jalan Dato' Pati, Hulu Pasar, Hilir Pasar, Padang Garung, Jalan Maju dan beberapa jalan lain.

Mereka seolah sudah faham, duduk bersila di atas jalan raya pada hari itu tidak menjadi kesalahan. Kepala mereka menghadap Dewan Zulkefli, Pejabat Perhubungan PAS Kelantan.

Setiap yang hadir di persekitaran laluan pejabat itu cukup khusyuk mendengar suara daripada bangunan tersebut.

Boleh dikatakan setiap pagi Jumaat mereka berkumpul di Dataran Ilmu bermula dengan aktiviti perniagaan. Kemudian perniagaan terhenti apabila Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat mula berceramah jam sembilan pagi.

Lebih kurang sejam setengah selepas itu suasana sunyi mula bising. Aktiviti perniagaan kembali rancak sehingga orang ramai beransur pulang untuk solat Jumaat.

Bagi hujung minggu Belakang Mati, Chow Kit pun ramai orang antaranya rancak menjalankan perniagaan. Dari memborong barangan hingga tawar menawar perkhidmatan seks murahan.

Tak cukup berlainan jenis, sejenis pun boleh jalan. Lorong Haji Taib sudah menjadi terkenal dan `glamour' sebagai tempat maksiat seantero dunia.

Mereka yang berdiri di celah bangunan Belakang Mati ini tak sama dengan insan yang berdiri di celah bangunan Kota Bharu mendengar kuliah Tuan Guru. Kalau di sini pasang mata ,di Kota Bharu pasang telinga. Persamaan persekitaran mungkin hampir tetapi perbuatan cukup berbeza.

Perubahan Chow Kit

Kita harap dengan wujudnya Pejabat Agung PAS di tengah bandar Kuala Lumpur, persekitaran Chow Kit dan Belakang Mati boleh berubah.

Mungkin setiap hujung minggu Ahad akan berubah menjadi bandar Kota Bharu pada hari Jumaat.

Saya difahamkan terdapat surau yang cukup luas di Pejabat Agung PAS. Semestinya, amat selesa jika diberi ruang kepada Mursyidul Am PAS menyampaikan kuliah pada hari Ahad setiap minggu pertama.

Mungkin jadual boleh diatur iaitu minggu kedua boleh dicadangkan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan minggu ketiga Timbalan Mursyidul Am, Dato' Dr Haron Din.

Ahad minggu keempat boleh diamanahkan kepada Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man sekiranya Timbalan Presiden, Ustaz Nasaruddin Mat Isa tidak ada kesempatan untuk menyampaikan kuliah dan tidak berlaku lagi sebagaimana kelas pengajian di Markas Tarbiah PAS Pusat, Taman Melewar, sehingga terpaksa diganti tenaga pengajar lain.

Untuk minggu kelima, boleh dicadangkan penceramah bebas terutama daripada keturunan Cina dan India supaya PAS nampak lebih majmuk. Tokoh seperti Ann Wan Seng perlu diberi peluang berdakwah untuk kaum mereka.

Jika langkah seperti ini diambil, insya-Allah mungkin perubahan Belakang Mati boleh berlaku.

Walaupun maksiat sukar dibendung tanpa adanya kuasa, tetapi kita perlu bertawakal kepada Allah SWT supaya memberi minat dan hidayat kepada mereka untuk bersama menyertai kuliah tersebut.

Sebagai pemimpin dan ahli PAS pula, perlu menjemput dan meraikan kehadiran mereka. Jangan kita menghalau mereka kerana kita adalah pendatang di tempat mereka yang lama bertapak di situ.

Kita tidak perlu bekerjasama dengan polis untuk membersih kawasan maksiat tersebut kerana jika mereka dihalau mungkin maksiat tumbuh di tempat lain.

Kita yang patut membimbing dan memberi motivasi keapda mereka. Terus mendekati dan prihatin dengan mereka supaya kita dapat membantu menyelesaikan masalah yang menyebabkan mereka terjerumus ke lembah maksiat.

Nilai solat yang terpaksa dilakukan di tempat bising lebih tinggi darjatnya daripada solat di tempat aman tenteram.

Ini kerana solat dalam keadaan tersebut penuh dengan ujian tetapi masih boleh dilakukan. Begitu juga kerja dakwah ditempat yang penuh cabaran lebih tinggi darjatnya berbanding berdakwah di masjid.

Kesedaran tersebut menyebabkan bekas pemimpin Ikhwan Mesir, As Syahid Imam Hassan Al-Banna sanggup berdakwah di disko dan kelab malam.

Begitu juga kecekalan semangat atlit Ruqaya Al-Ghasara, dan hebatnya dakwah beliau sanggup bertudung dalam sukan Asia di Doha. Beliau dengan menutup aurat tidak gentar untuk bertempur dengan wakil dari negara lain. Ruqaya tidak malu berdakwah dalam bidang sukan.

Malah beliau dapat mengalahkan atlit daripada negara lain dalam acara larian 200 meter di Sukan Asia.

Kejayaan ini telah diteladani oleh Nisa' yang baru sahaja menyelesaikan Nisa' Games di Kota Bharu. Tetapi Nisa' boleh menutup aurat kerana mereka berada dalam kelompok sendiri yang kurang cabarannya.

Budaya ilmu

Gambaran budaya ilmu di tengah Kota Bharu yang menjadi kelainan, tidak ada di negeri lain.

Walaupun PAS pernah menang di Terengganu, namun kuliah agama tidak berlaku ditengah bandar Kuala Terengganu.

Walaupun saya orang Terengganu tetapi kejayaan Kota Bharu cukup dihormati dan sukar ditandingi oleh PAS Terengganu dan PAS di negeri lain.

PAS Kedah pun masih tidak mampu melakukan sebagaimana PAS Kelantan, walaupun bangunan Perhubungan PAS Kedah ditengah bandar Alor Setar.

Bertambah pelik di Kedah, pejabat Perhubungannya diuar-uarkan akan berpindah di Kompleks PAS.

Betapa besarnya pengaruh kuliah di Kota Bharu sehingga memberi gambaran bahawa pengganti Menteri Besar Kelantan itu mestilah mereka yang mewarisi kuliah ilmu di dewan tersebut.

Ini hakikat sebenar minda orang ramai yang lahir daripada budaya ilmu di tengah bandar Kota Bharu.

Bagaimanapun sejak akhir akhir ini, ramai yang berpeluang menyampaikan kuliah di dewan tersebut dan menjadi kesukaran kepada mereka untuk menilai siapa penganti Tuan Guru atau Menteri Besar, suatu masa nanti.

Sekiranya Tuan Guru keuzuran tempat beliau diganti oleh Ustaz Mohd Amar Abdullah, Ustaz Nasaruddin Daud, Husam Musa dan Mohamad Mustafa serta lain-lain.

Sudah pasti antara mereka ada seorang tokoh yang mengikuti jejak keistimewaan Tuan Guru Nik Abdul Aziz. - mks.
Jumlah dilihat: 868 | Cetak | Emel
Komen oleh (3) Pembaca

Saya Sokong cadangan
Dihantar oleh Shukri, on 23-03-2007 17:23

Syukur Alhamdulillah, saudara kita Adnan telah dianugerahkan idea oleh Allah Ta'ala untuk cadangan tersebut.

Mungkin idea seperti itu sudah ada dalam insan lain tapi Allah pilih saudara Adnan Ibrahim untuk mengutarakan idea tersebut dalam media elektronik. Saya menyokong hasrat itu.

Kita ambil contoh pengajian dirumah Ustaz Yazid (Pak Yazid), alhamdulillah berterusan (maaf saya sudah lama tak ikuti pengajian tersebut).

Adakan program keislaman kalau boleh kepartian dikurangkan sedikit. Pihak pentadbiran PAS kalau boleh perbanyakkan program mendidik, mentarbiyah dan penjelasan tentang Agama.

Seperti cadangan saudara adnan sekali sekala dijemput pendakwah dari kalangan saudara baru islam seperti Ann Wan Seng, Ust Farid dan juga ramai lagi dari Perkim.

Saya rasa mungkin susah untuk mendapat permit, tapi seperti yang di nyatakan sebelum ini, jangan guna kepartian kalau boleh elakkan. Saya rasa kita semua tahu ini bukan Negeri Kelantan yang ada kuasa.

Bukankah banyak NGO yang seperti PPIM, Perkim, Persatuan Cina Muslim, India Muslim, PUM dan banyak lagi.

Kalau boleh sekali sekala dijemput pendakwah2 dari negeri Cina, India, Eropah atau mana-mana jua bagi menunjukkan bahawa ISLAM dapat diterima seluruh dunia.

Kalau boleh dijemput juga bekas-bekas pendakyah Kristian, Hindu dan sbgnya.

Semoga pihak Parti PAS dapat memanafaatkan pejabat yang berada ditengah kota metropolitan dengan bukan hanya sebuah pejabat urusan pentadbiran parti sahaja bahkan akan menjadi sebuah pusat dakwah yang terkenal dan termasyhur (insyaAllah) pada masa akan datang.
Wallaua'lam
Kuliah Mingguan
Dihantar oleh Din Ahmad, on 23-03-2007 17:18

Saya amat bersetuju dengan cadangan saudara Adnan dengan kuliah mingguan tersebut.

Selama ini hanya rakyat Kelantan serta negeri-negeri lain saja yang dapat mengikuti kuliah dari tokoh-tokoh agama ini.

Warga KL juga ramai yang dahagakan ilmu Islam. Saya percaya, sekiranya menjadi kenyataan ianya akan mendapat sambutan hangat dari warga KL. Wassalam

ALHAMDULILLAH
Dihantar oleh MOKHTAR BIN MOHAMED NOR, on 23-03-2007 16:42

SYUKUR BETUL KE MARKAS PAS DAH PINDAH KE BELAKANG MATI? ALHAMDULILAH

KALAU BEGITU SEBAB HATI MANUSIA NI KERAS,TAPI SEKERAS2 BATU PUN JIKA DITITIS AIR HARI2 PASTIKAN TEMBUS.

DIHARAPKAN DENGAN UJUDNYA MARKAS DISANA DAPATLAH BELAKANG MATI BERUBAH MENJADI SEPERTI JALAN MASJID INDIA,YANG MANA ADE MASJID DITENGAH2NYA YANG SENTIASA DIIMARAHKAN OLEH INDIA MUSLIM DAN PENIAGA2 DISITU,

SEMENTELAHAN LAGI JIKA DIADAKAN KULIAH AGAMA SABAN HARI BERMULA SUBUH DAN SETIAP HABIS WAKTU SOLAT SETIAP HARI PASTI JALAN MATI ITU KAN JADI BELAKANG PENGHARAPAN YANG PENUH SINAR ,WALAUPUN MEREKA TAK MAMPU NAK MELANGKAH KEMASJID SEBAB KUATNYA PAUTAN SYAITAN DI KAKI ,

MEREKA PASTI MEREKA BISA MENDENGAR DARI KEJAUHAN,SAYA BANGGA JIKA PAS MAMPU MENGUBAH BELAKANG MATI MENJADI SATU LORONG BERCIRI ISLAMIK,KERANA INI AKAN MENUNJUKKAN CONTOH BUKAN KEPADA RAKYAT SAHAJA,MALAH KEPADA PELANCONG BAHAWA ISLAM ITU KESEJAHTERAAN DAN ALLAH ITU MAHA PENGAMPUN ,TIADA NOKTAH BAGI KEMAAFAN DISISI ALLAH,

DIHARAP PAS MAMPU MEMINDA MENTALITI PENGHUNI2 BELAKANG MATI,MARI KITA BEKERJASAMA DENGAN NGO2 YANG BERUSAHA MENARIK PENGHUNI BELAKANG MATI YANG ROSAK KEPADA KEBAIKAN DAN YANG MMG BAIK KITA JADIKAN DIA SAUDARA KITA BANTU MEREKA ,

TAK KIRA LAH MEREKA PARTI KITA ATAU BUKAN YANG PASTI ISLAM IU BERDIRI DENGAN KEPIMPINAN MELALUI TAULADAN,JIKA KITA YANGKATANYA ISLAM NIPUN MENCERCA MEREKA MAKA KITA JUGA SAMA DENGAN MEREKA,

JIKA KITA BETUL2 MENERAP PERIBADI MUSLIM SEJATI PASTI RAMAI YANG AKAN MENJADI SEBAHAGIAN DARI KITA,SEJARAH TELAH MEMBUKTIKAN KEBANYAKAN SAUDAR BARU MEMELUK ISLAM KERANA TERTARIK DENGAN KEPERIBADIAN SEORANG MUSLIM SEJATI

No comments: