Assalamualaikum semua!
Abang dapati ramai dikalangan orang orang kita yang cepat benar menyerah kepada keadaan semasa dan tidak tabah meneruskan perjuangan membaiki taraf hidup!
Cepat sungguh mengaku kalah dan sentiasa menyalahkan nasib dan takdir! " Rezeki secupak ; takkan jadi segantang!" begitu lah keluhan beberapa orang yang sempat Abang ketemui didalam hidup ini.
Pada pendapat abang lah, orang orang begini silap bergaul. Mereka ini jadi begitu sebab asyik dok dengar sembang pelemah semangat.
Depa dok dengaq khutbah lok lak dari orang orang yang jumud kepala otak depa dan jenis yang dok memanaskan punggong kat gerai gerai dan warong warong sepanjang masa.
Kekadang abang heran juga pasai apa yang depa jadi lagu tu? Takkan depa tak nampak hasil kerja dari orang orang yang sudah berjaya seperti tokoh tokoh perniagaan dalam negara?
Tapi, yelah..dah dok bercampoq dengan kaki raplah jingga...mana nak nampak benda nyata?
Jenih otak dah kematu ni payah juga nak pelembut balik. Nak kena rendam dengan 'Clorox' kot!
Abang sambong nanti dengan perkara ni. Nak kena perbetui kepala otak depa ni...Tunggu...:)
Tuesday, March 27, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment